5 TIPS ATASI HIDUNG BAYI TERSUMBAT

Fikiran ibu bapa pasti amat resah & gelisah bila melihat anak meragam, merengek & menangis angkara “HIDUNG TERSUMBAT”

Ibu bapa mana tak sayangkan anak kan? Pastilah risau lihat keadaan anak macam tu.

Untuk info, HIDUNG TERSUMBAT kalangan bayi ni NORMAL sebenarnya. Cumanya ia mungkin akan menyukarkan bayi anda tidur & menyusu

Berikut antara gejala atau tanda-tanda bayi anda ada masalah hidung tersumbat. Pastikan cakna & jangan biarkan hingga menjadi teruk:

• Nafas berbunyi ketika tidur atau tidur berdengkur
• Hidung bayi berbunyi apabila bernafas
• Banyak lendiran keluar dari hidung
• Sukar menyusu
• Kerap meragam atau menangis
• Sukar tidur dengan nyenyak
• Batuk
• Pernafasan cepat & kerap (sniffing)

[PERHATIAN! Jika bayi demam panas, batuk atau sukar bernafas, terus bawa ke klinik atau hospital dengan segera.]

..

Ada ke Tips untuk Atasi Masalah Hidung Bayi Tersumbat ni?

Ya Ada!!! Dibawah ni saya ada kongsikan “5 Tips Atasi Hidung Bayi Tersumbat Yang Ibu Bapa Wajib Try”

1. Alat Sedutan Lendir

Boleh dapatkan dimana-mana farmasi terdekat. Cara guna amat mudah:

  1. Picit alat pam sebelum masukkan corong kecil ke hidung bayi
  2. Pastikan tidak terlalu dalam hinggan menyakiti bayi anda
  3. Lepaskan picit & lendiran dalam hidung anak anda akan disedut ke dalam alat ini

2. Gunakan Bilasan Air Garam / Saline

Titisan air garam @ saline dapat bantu cairkan hingus atau lendiran dalam hidung bayi.

Jadi ia memudahkan lendiran yang menyumbat hidung bayi keluar & melegakan pernafasan bayi

NOTE: Beli di FARMASI sahaja dan elak buat sendiri bagi mengelakkan tersilap bancuhan air garam atau tidak cukup bersih

3. Teknik Wap Panas

Wap Panas dapat bantu cairkan lendiran dalam hidung bayi anda. Tapi perlu berhati-hati agar anda atau bayi anda tidak melecur semasa proses rawatan.

4. Gunakan Pelembap Udara (Air Humidifier)

Humidifier membantu menambahkan kelembapan udara, secara tak langsung membantu melegakan hidung tersumbat anak anda.

Selain itu, ia juga membantu hidung bayi yang sensitive tidak mudah kering dan bantu elak iritasi

5. Teknik Tepukan Atau Percussion

Teknik Percussion adalah Teknik menepuk belakang anak dengan tangan

Caranya mudah je:

  1. Pastikan bayi dalam posisi meniarap dengan bantal lembut di alas pada perut
  2. Pastikan hidung bayi anda tidak tertutup.
  3. Pastikan tangan berbentuk cupping & bukan leper ketika menepuk supaya tidak menyakitkan anak.
  4. Lakukan “percussion” selama 15 minit pada bahagian belakang bayi anda

PENTING! Dilarang buat Teknik ini selepas bayi baru sahaja minum susu bagi mengelakkan bayi muntah

Moga tips yang admin share ni berguna ye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *