BOLEH KE PUASA KETIKA HAMIL

PUASA DAH NAK DEKAT! IBU HAMIL KENA SIAP SEDIA, TAPI SELAMATKAH KALAU TIME HAMIL BERPUASA?

Ramadhan tiba! Ramadhan tiba ! Wah seronoknyaa, bulan Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi ni, tak sabar rasanya nak sambut kedatangan bulan mulia ni. Dinanti nanti setiap tahun

Tapi kannnn untuk ibu hamil boleh ke puasa? Selamatkah untuk ibu dan baby dalam kandungan nanti? Mesti ibu-ibu hamil kat luar sana tertanya-tanya dan rungsing bila fikir! Yelaa bukan apa takut baby tak dapat nutrisi dan zat kalau ibu berpuasa tapi mommy jangan risau tau, alang-alang tengah free ni, akak nak kongsi sikit info tentang tips berpuasa untuk ibu hamil, baca sampai habis, penting ni untuk mommy dan baby ! Hehe
Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Ahmad, beliau berkata “selagi wanita yang hamil itu masih mampu berdiri dan menjalankan rutin kerja sehariannya, selagi itu dia mampu berpuasa apatah lagi ia soal kewajipan setiap umat Islam”.

Kata beliau lagi, bayi dalam kandungan tidak akan mengalami kekurangan nutrisi walaupun si ibu berpuasa. Corak pemakanan terutama ketika bersahur dan berbuka ini boleh dirancang dan dinasihatkan supaya mengambil nutrien mencukupi namun tidak perlulah berlebihan.

Dalam masa sama, jika ibu hamil mengalami tanda seperti berikut, perlulah segera berbuka dan jangan memaksa diri:

• Pening, pengsan, lemah atau letih. Cuba berehat selama setengah jam dan jika tiada perubahan segera hubungi doktor.
• Loya atau mabuk teruk dan sakit kepala atau demam.
• Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, perhatikan jika ada perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (tidak bergerak atau kurang menendang).
• Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap, berbau kuat dan kuantitinya sedikit. Ini tanda dehidrasi.
• Berat badan tidak bertambah atau berkurangan.
• Rasa sakit seakan-akan sakit bersalin.
Mommy kene alert kalau ada tanda-tanda macam akak bagitahu kat atas ni, Jangan paksa diri ! Jika berlarutan cepat-cepat dapatkan nasihat doktor pakar ya.

Haa yang ni lagi menarik tau, tips pemakanan untuk ibu hamil sepanjang berpuasa. Mestilah nak kekal bertenaga kan sepanjang puasa nanti. Mommy kuat baby pun bertambah sihat. No 5 akak paling suke…Hehe,,

Panduan pemakanan untuk ibu hamil berpuasa

1. Kurma merupakan tips penting untuk ibu hamil. Bak kata orang kalau time puasa tak makan kurma macam tak lengkap lah. Lagi-lagi kita tahu yang kurma ni satu makanan yang sihat dan boleh tambahkan tenaga, malah ia juga adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

2. Utamakan pengambilan makanan berprotein tinggi seperti daging dan telur kerana protein boleh disimpan di dalam tubuh pada kadar lebih lama berbanding kumpulan vitamin yang lain. Banyakkan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar supaya mampu menahan lapar. Elakkan daripada makan makanan yang pedas.

3. Usahakan untuk minum dua liter air masak selepas waktu berbuka sehingga ke waktu imsak. Minum sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan dehidrasi di siang hari.

4. Lewatkan bersahur. Kalau boleh, bersahurlah hingga ke saat akhir imsak supaya mommy tidak cepat lapar di siang hari.

5. Jangan lupa ambil vitamin/supplemen tambahan ketika sahur bagi mengekalkan kesegaran dan tenaga badan sepanjang hari. Kalau akak dah jatuh hati dengan minum jus mamariam, hehe sedap lagi-lagi rasa bertenaga jee sampai tak sedar pun tengah puasa ! cara minum pun mudah sangat 3 sudu ketika bersahur dan 1@2 sudu ketika berbuka puasa

6. Makan sederhana ketika berbuka dan makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh supaya makanan dapat dihadam dengan baik.

7. Elakkan makanan berasid atau bergoreng yang boleh membuatkan anda mengalami masalah pedih ulu hati terutamanya sebelum tidur.

Alhamdulillah ini antara tips-tips yang penting dari akak untuk ibu hamil peka dan perlu ambil tahu time nak berpuasa nanti, jangan lupa tau dapatkan nasihat doktor jugak, jangan memaksa sampai memudaratkan baby dan kandungan. Akak doakan semoga kita semua beroleh keberkataan dan dipermudahkan segala urusan ibadah kita dengan kehadiran bulan yang penuh barakah ini. ! terima kasih. hehe

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping