PERUBAHAN YANG PARA SUAMI PERLU TERIMA BILA DAH ADA ANAK. PENTING UNTUK DIAMBIL PERHATIAN.

 

Saat yang paling indah buat pasangan suami isteri bila dapat menimang cahaya mata sendiri kan. Sebenarnya suasana bila dah ada anak dengan sebelum ada anak ni banyak beza tau. Tapi ramai yang ambil mudah perkara ni, buat para suami sila bersedia dengan beberapa perubahan ni;

1. PAPA KENA BELAJAR BANGUN MALAM

Bayi baru lahir ni memang akan kerap menangis sebab nak menyusu dan kadang-kadang membuang di waktu tengah malam. Jadi, papa kena belajar bangun malam untuk bantu isteri apa yang patut.

2. ELAKKAN MEROKOK DALAM RUMAH ATAU JARAKKAN DENGAN BAYI

Bagi para suami yang memang dah terbiasa merokok dalam rumah atau toilet, lepas dapat anak sila berubah tau. Sebaiknya elakkan merokok dalam jarak yang dekat dengan bayi. Pastikan lepas merokok kena mandi dulu bersihkan dari asap rokok, baru boleh pegang dan cium anak.

3. ELAKKAN BALIK KERJA WAKTU SENJA ATAU TENGAH MALAM

Kalau waktu sebelum ada anak selalu balik lewat, jadi papa perlu elakkan balik kerja waktu senja atau tengah malam bila dah ada anak ni. Masuk rumah bagi salam, lepas tu terus ke bilik air cuci kaki atau mandi. Takut ada ‘benda’ yang mengikut dan suka pada anak nanti.

4. PAPA KENA TAHU CARA URUS BAYI

Kerja-kerja uruskan anak pun tanggungjawab suami juga ya bukan isteri sahaja. Pastikan papa dah pandai tukar lampin anak, buat susu anak dan cara tidurkan anak. Semua ni papa boleh belajar juga di laman sesawang, mudah je semuanya dihujung jari . Buatlah apa cara sekali pun, janji nampak usaha nak menolong isteri.

5. KURANGKAN KESIBUKAN DENGAN HANDPHONE

Bila balik dari kerja sebaik sahaja kaki melangkah masuk dalam rumah, automatik tumpuan dan perhatian papa adalah kepada keluarga. Kalau boleh handphone tu letak tepi kejap, supaya anak tak terlepas dari perhatian kita.

 

6. PAPA PERLU BERTOLAK-ANSUR DENGAN ISTERI

Bila isteri tengah pantang, suami perlu memainkan peranan juga, jangan ada sifat pentingkan diri. Papa perlu bertolak ansur dengan membantu uruskan hal rumah dan jagalah emosi isteri. Jangan letakkan semua bebanan pada isteri sahaja.

7. BACAKAN DOA UNTUK BABY SEBELUM TIDUR

Akhir sekali, sebelum tidur tu rajin-rajinkanlah bacakan surah Al-Fatihah, 4 Qul dan Ayat Kursi di telinga bayi. Ini akan membuatkan tidurnya lebih lena dan terhindar dari gangguan.

Jadi, buat para suami sila lakukan perubahan ini ya bila dah ada anak nanti. Janganlah abaikan tanggungjawab anda sebab anak-anak bukanlah tanggungjawab isteri sahaja. Sama-sama uruskan anak barulah dapat lahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.

Sumber: 9Bulan10Hari

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping