PARA IBU WAJIB AMBIL TAHU BERKENAAN PETANDA AWAL AKAN BERSALIN

Sungguh kehamilan itu adalah saat indah untuk seorang ibu. Paling tak sabar nak melihat wajah kesayangan yang dikandung selama 9 bulan. Setiap ibu mungkin ada pengalaman yang berbeza-beza sepanjang hamil ni kan. Namun demikian, bila diingatkan waktu nak bersalin nanti seram sejuk jugak ibu. Oleh itu, ibu perlu ambil tahu akan petanda nak bersalin sebagai persediaan awal tau. Kalau tak nanti ibu boleh jadi panik sehingga tak tahu nak buat apa.

Sebelum bersalin para ibu mesti akan merasakan tanda2 nak bersalin. Bagi ibu yang dah pernah bersalin mungkin dah tahu dan pernah merasa tapi akan menjadi masalah bagi yang baru pertama kali hamil.

Oleh sebab itulah akak nak kongsi pasal tanda2 awal nak bersalin ni. Boleh jadi panduan untuk “mommy to be” tambah-tambah lagi yang dah sampai bulan tu.

1) Terasa bayi turun ke bawah

Bila dah sarat ni memang perut ibu sangat berat dan terasa padat. Bila dah cukup bulan, ibu akan merasakan seakan-akan kandungan makin turun ke bawah.
Kebiasaanya terjadi dalam tempoh masa 4 @ 2 minggu sebelum bersalin.

2) keluar lendir atau berlaku pendarahan

Bila dah nak sampai masa bersalin, semakin banyak keluar lendir yang berwarna putih ataupun lendiran bercampur darah daripada vagina.
Sekiranya lendiran ini terutamanya yang bercampur darah makin banyak, cepat2 pergi ke hospital ya untuk pemantauan doktor bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.

3) Berat badan menurun

Bila masa semakin hampir untuk bersalin, para ibu biasanya akan mengalami penurunan berat badan namun ianya tidak mendatangkan risiko kepada bayi ya.
Walaupun berat badan ibu makin berkurang tetapi berat bayi akan makin bertambah. Penurunan berat badan ibu ini berlaku disebabkan oleh air ketuban yang semakin berkurang dan ibu kerap membuang air kecil.

 

4) Sakit kontraksi yang melampau

Sakit kontraksi ni ialah sakit di bahagian perut dan pinggul yang disebabkan oleh pengecutan perut. Untuk makluman para ibu,
kontraksi ni ialah antara petanda utama dah sampai masa nak bersalin. Bila makin hampir nak bersalin, ibu akan mengalami kontraksi yang lama dan sangat kuat.
Kontraksi ni akan datang secara kerap. Dalam situasi ini, ibu boleh ubah posisi duduk atau mula berjalan ya bagi mengurangkan sakit kontraksi ni.

5) Kerap rasa nak kencing

Bila penghujung kehamilan ni, ibu akan kerap rasa nak kencing. Asyik ulang alik ke tandas. Boleh jadi waktu malam tak boleh tidur lena sebab terlampau kerap rasa nak kencing.
Hal ini terjadi kerana, kedudukan kepala bayi semakin hampir dengan tulang pinggul dan juga pundi kencing.

6) Sakit belakang

Sakit belakang ni adalah normal ketika hamil tapi bila tiba masa nak bersalin ia akan jadi lebih teruk.
Ini kerana, bayi yang dikandung semakin berat dan kedudukannya makin menurun dan semakin mendekat pada pintu pelvik. Oleh itu, rahim dan pelvik ibu akan mula merenggang.

 

7) Air ketuban pecah

Air ketuban pecah adalah petanda paling kuat dan semakin dekat untuk melahirkan. Ianya dapat dikesan apabila keluar lelehan air yang berterusan daripada vagina.
Bila berlakunya air ketuban pecah,ibu jangan panik ya. Apa yang ibu perlu buat ialah terus pergi jumpa doktor untuk tindakan yang selanjutnya.

Akhir kata, bagi ibu-ibu di luar sana, adalah sangat penting untuk ibu tahu dan kenalpasti akan tanda-tanda nak bersalin
agar dapat membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal sebelum tiba masa nak melahirkan ya.
Be prepared dan in sha Allah semoga semuanya dipermudahkan sehingga lahirnya si comel yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping