IBU MENGANDUNG WAJIB TAHU MAKSUD TERSEMBUNYI PADA SETIAP WARNA TAG BUKU PINK

Hai mummy, kat blog kali ni akak nak share mengenai buku pink , Buku pink tau bukan buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh. Hee.  Buku pink memang dah jadi cam kawan baik mummy dah kan?

Buku pink yang mummy bawak tu ada beberapa tag warna berlainan tau . Tau ke taktau?  Okay jom lah akak share maksud setiap warna tag tu, jum kita tengok.

 

1 . TAG PUTIH

Untuk tag warna putih tiada risiko untuk bersalin . Mummy boleh bersalin dekat mana-mana hospital termasuk hospital daerah.

Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa sekiranya tak ada faktor risiko.

 

2 . TAG HIJAU

Warna hijau untuk buku pink bermaksud perlu berjumpa dengan Doktor di Klinik Kesihatan . Selain tu, mummy perlu follow up dari nurse dibawah pengawasan Doktor.

 

3. TAG KUNING

Untuk warna kuning pulak memerlukan pemantaun doktor pakar FMS/O&G . Contoh jika ada masalah seperti diabetes dengan insulin , darah tinggi ,HB low & lain-lain.

4 . TAG MERAH

Warna merah pula bermaksud ibu hamil yang berisiko tinggi. Contohnya seperti mummy yang mempunyai penyakit jantung, anemia ,eklampia, preklampia,kontraksi rahim pra matang dan lain-lain yang perlu dimasukkan ke hospital jika ada masalah berkaitan ibu atau bayi.

 

Pakar O&G/Pakar Perubatan Keluarga boleh menukarkan warna mengikut penilaian tahap risiko semasa ibu hamil. Soo tag buku pink mummy warna apa? Putih ,hijau, kuning atau merah?

Pesanan manis akak untuk semua mummy yang preggy atau Mom to be , jaga kesihatan , kawal pemakanan(Diet seimbang) & jangan lakukan kerja berat waktu preggy tau. Akak doakan semoga urusan mummy dipermudahkan.

 

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping