PETUA MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI SEMASA HAMIL YANG PARA IBU PERLU TAHU

 

Bahagianya ibu bila hamil tanpa ada masalah kan. Memang jarang boleh jumpa ibu hamil yang langsung tidak ada masalah. Ada sesetengah ibu hamil cenderung untuk ada masalah tekanan darah tinggi. Maklum lah peredaran darah masa hamil ni tidak menentu.

Masalah tekanan darah tinggi sangat berisiko tau. Bukan hanya pada ibu tapi untuk bayi dalam kandungan jugak. Ibu cenderung untuk bersalin lebih awal. Bayi pula lahir pramatang ataupun lebih kecil daripada biasa disebabkan oleh masalah tumbesaran semasa dalam kandungan.

Kalau nak tahu, banyak petua tau untuk kawal masalah tekanan darah tinggi. Meh tengok akak share sikit ye. Antaranya:

1) Amalkan minum jus buah

Amalan minum jus buah sangat sesuai untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi ibu hamil. Jus buah mempunyai kandungan vitamin yang sangat tinggi dan boleh bantu ibu dan bayi dalam kandungan.

Tapi pastikan jus buah yang kita minum tu takde gula tambahan tau. Nanti nak cegah darah tinggi tapi penyakit lain pulak datang hihi.

2) Sayur dan ulam

Sayur-sayuran hijau ni ada khasiat yang sangat bagus dan penting untuk ibu hamil. Antara sayuran hijau yang elok diamalkan adalah salad, ulam-ulaman, bayam dan juga kailan. Sayur dan ulam ni boleh bantu kurangkan risiko tekanan darah tinggi.

3) Air asam jawa

Selain itu, asam jawa yang dikatakan masam tu pun salah satu bahan atau petua untuk turunkan tekanan darah jugak tau. Selain dapat turunkan tekanan darah, air asam jawa jugak berupaya menyejukkan badan serta menghilangkan batuk dan sakit tekak.

4) Bersenam

Senaman sangat penting dalam skop penjagaan kesihatan diri. Ibu hamil juga perlukan senaman tau tetapi cukup sekadar senaman ringan ye. Paling mudah yang boleh dilakukan adalah berjalan selama 15 – 30 minit dalam tempoh 3 – 4 kali sehari.

Selain itu, ibu juga boleh amalkan yoga secara santai kerana senaman ini membantu mengurangkan tekanan fizikal dan emosi. Minda pun relaks je. Rasa segar badan tu.

5) Membuat kerja secara teratur dan tenang

Ibu hamil mestilah pandai uruskan masa dengan teratur. Cuba selesaikan kerja satu persatu dan teratur. Emosi ibu hamil ni boleh berubah secara mendadak tau. Ibu tak boleh kalut buat kerja sebab nanti mudah panik. Bila dah panik tu lah tekanan darah cepat naik.

6) Mengamalkan supplemen

Supplemen atau minuman tambahan ini juga sangat membantu ibu hamil. Contohnya Jus Mamariam yang kaya dengan khasiat buah-buahan berkhasiat dan bahan sunnah.

Khasiat jus mamariam ini membolehkan ibu dan bayi sihat sentiasa dan membantu mengawal tekanan darah.

Haa, ni je lah sedikit petua yang akak boleh share. Semoga membantu ye hehe. Jadi, ibu hendaklah menitikberatkan kesihatan semaksima mungkin. Ibu sihat bayi pun ikut sihat tau.

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping