Selalunya bila anak dah makin besar, mommies mesti dah siap sedia kan untuk cerai susu dengan anak. Paling sesuai ialah bila anak dah masuk umur 2 tahun. Tapi susah jugak mommies fikirkan cara macam mana kan.. Aduhai anak.. Nak tak nak kena jugak.
Jangan risau, meh nur share tips untuk mudahkan mommies ye hehe
1) Tak Payah Offer
Mungkin sebelum ni mommies selalu sangat offer susu dekat anak kan. Jadi untuk kali ni jangan offer. Tunggu sampai anak sendiri yang mintak. Selagi anak tak mintak, mommies buat tak tahu je.
2) Dedahkan Makanan Pelengkap
Pada usia 2 tahun ni anak-anak lebih suka makan. Jadi, elok sangat mommies kenalkan makanan pelengkap untuk anak seperti bubur, biskut baby atau kurma dan buah buahan.
3) Lengahkan atau Pendekkan Tempoh Penyusuan
Mommies cuba lengahkan masa bila anak minta susu. Takpun, cuba pendekkan tempoh penyusuan. Sebelum tu mommies bagitau awal2 dekat anak contohnya “ Mommies bagi sikit je tau. Tak boleh banyak2”.
4) Beritahu Secara Berhemah
Anak dah mula mudah untuk faham pada usia 2 tahun ni. Jadi, mommies boleh perlahan-lahan bagitahu anak untuk hentikan susu badan. Sebagai contoh :
“Abang/kakak ni dah besar. Dah tak boleh dah nak minum susu. Nanti makan nasi atau biskut ye. Lagi sedap tau”.
5) Sediakan Botol Air Masak Pada Waktu Malam
Anak yang lebih besar perlukan kuantiti air yang banyak mengikut keperluan badan. Jadi, sesuai tau mommies gantikan air masak dengan susu pada waktu malam. Cara ini dapat bantu kurangkan kekerapan anak menyusu.
6) Suami Mainkan Peranan
Ayah boleh bantu mommies dengan cara alih perhatian anak dengan aktiviti lain. Anak ni bila dah sibuk bermain pasti akan lupa untuk mintak susu tau.
Okay, itu je tips yang boleh nur share dengan mommies. Jangan lupa tau amalkan kalau nak cepat cerai susu badan dengan anak. Lepas ni, tak perlu rungsing apa dah hehe.