KALAU SUAMI BANTU 9 PERKARA INI MASA BERPANTANG, MEMANG CINTANYA SEPENUH JIWA RAGA !

 

Ketahuilah para suami, apabila melahirkan zuriatmu, bukan sahaja fizikal badan akan berubah, tetapi emosi dan rutin harian kami turut berubah.

Jadi, memiliki suami prihatin yang sentiasa menawarkan dirinya untuk bantu isterinya ketika berpantang, sangatlah dihargai dan disayangi tau. Ketika isteri tercinta sedang berpantang, apa yang boleh dibantu?

1)Bantu Uruskan Kerja-Kerja Rumah

Menyapu sampah, mengemas, mencuci pinggan, siapkan pakaian, dan sebagainya antara kebiasaan tugas isteri yang boleh bapa2 ambik alih sementara isteri berpantang. Wahh ni la ciri-ciri suami penyayang !

 

2)Buatkan Susu Untuk Baby

Ha, biasanya waktu pantang inilah ibu2 kena bertungku, mandi herba, berurut, jadi suami2 bolehlah bantu bancuhkan susu baby tau. Terutama jika waktu si kecil menangis kelaparan, aduh kesian kalau nak kena tunggu si ibu siap semua bertungku dan berurut tu!

 

3)Tukar Lampin Baby

Kalau nampak si kecil merengek tak berhenti tu, para bapa bantulah check dan tukar lampin dia. Mana tahu dia tak selesa lampin penuh ke apa, haa takdelah ibu tergopoh-gapah bangun. Sedangkan baru lepas sakit bersalin.

4)Beri Peluang Isteri Rehat Dan Tidur

Bayi ketika berpantang cenderung bangun malam kerana lapar. Keadaan ni pastinya buat tidur ibu terganggu kan. Jadi waktu siang jika bapa ambik alih tugas jaga baby, dan biarkan isteri rehat sekejap, waah bahagianya tak terkata kan!

5)Sama-Sama Rasai Pengalaman Bangun Waktu Malam

Apakata waktu isteri bangun menyusu waktu tengah malam, suami pun turut bangun temankan isteri sambil buatkan secawan minuman panas untuk isteri. Haaa senyum sampai esok isteri tu kan !

6)Urutkan Badan Isteri

Siapa je tak suka tubuh diurut lembut sekaligus hilangkan lenguh-lenguh sendi dan otot tu. Ni kalau suami volunteer nak bantu, ambik je peluang ni tau!

 

7)Jagakan Anak-Anak (Jika Bukan Bersalin Sulung)

Sekiranya ini bukan kelahiran pertama, pastikan urusan anak-anak bapa yang uruskan. Ini bagi mengelakkan isteri overwork ketika dalam berpantang. Terutama jika anak-anak dah bersekolah, si bapa siapkan dan hantarkan anak ke sekolah, sekaligus boleh cipta bonding antara anak dan ayah kan !

8)Sapukan Minyak dan Pakaikan Stoking

Jika isteri bersalin CAESER, sememangnya perlukan bantuan suami untuk benda2 remeh macam ni. Umumnya, pembedahan CAESER lebih menyakitkan dan perlu lebih perhatian untuk dikendalikan berbanding bersalin normal.

 

9)Sediakan Keperluan Dan Set Berpantang Untuk Isteri

Jika nak isteri cepat sihat, suami sangat berperanan untuk jaga isteri sebaiknya. Carilah dan sediakan set berpantang untuk isteri, bantu dan luangkan masa bersama isteri untuk pulihkan bukan sahaja kesihatan fizikal, malah mental dan emosi si isteri tersayang.

Apabila ayah selalu ambil bahagian dalam mengasuh anak2, nescaya ia dapat tingkatkan hubungan kekeluargaan, dan jika isteri bahagia dengan suami, anak-anak turut terima tempiasnya tau. Jadi, jangan lupa kongsi tips ni dengan suami ya, kalau tak kongsi suami tak tahu kannn. Kami doakan semoga dipermudahkan urusan mommy daddy di luar sana dan selamat berpantang !

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping