PERSEDIAAN IBU BAPA SEBELUM ANAK-ANAK MENCAPAI AKIL BALIGH

AKIL BALIGH

Akil baligh adalah di mana satu peringkat seseorang kanak-kanak lelaki dan perempuan menuju proses menjadi seorang dewasa dan mengalami proses kematangan seks. Akil baligh membawa kepada perubahan ciri-ciri sekunder iaitu ciri-ciri fizikal lelaki dan perempuan (seperti pertumbuhan bulu ari-ari,perubahan saiz badan). Baligh bukan sahaja merujuk kepada perubahan bilogikal dan fizikal sahaja malah proses dewasa ini turut melibatkan perkembangan psikososial dan emosi remaja.

1) PERSEDIAAN IBU BAPA TERHADAP PERUBAHAN FIZIKAL DAN BUKAN FIZIKAL ANAK-ANAK BALIGH

2) PERSEDIAAN IBU BAPA DENGAN PERUBAHAN BENTUK BADAN ANAK-ANAK

Sebagai ibu bapa perlu bercerita terlebih awal kepada anak-anak tentang perubahan ini. Jangan biarkan anak-anak belajar sendiri melalui google atau orang luar. Ibu bapa perlu terangkan ini adalah proses untuk menjadi seorang dewasa supaya anak-anak tidak terkejut apabila melalui proses ini malah mereka lebih bersedia. Anak-anak semakin dewasa tahap penjagaan kebersihan perlu lebih dipertingkatkan tambahan pula sebagai seorang muslim yang sangat menitik berat soal kebersihan diri.

3) PERSEDIAAN IBU BAPA TERHADAP PENGETAHUAN SEKS DAN PART-PART SENSITIF PADA DIRI ANAK-ANAK

Apabila anak-anak memasuki usia 4 tahun ibu bapa perlu terangkan bahagian yang dilarang untuk orang lain sentuh seperti bahagian dada dan alat sulit. Menjelaskan dengan kreatif dan jelas kenapa tidak boleh dan siapa yang tidak boleh supaya anak-anak lebih faham. Sebagai ibu bapa yang paling rapat dengan anak-anak perlu memberi tahu anak-anak tidak semua secret menjadi secret. Contohnya, seseorang yang tidak bertanggungjawab touch pada tempat yang tidak sepatutnya dan mengugut jangan beritahu kepada mak dan ayah. Jadi ibu bapa perlu terangkan perkara seperti itu bukan secret dan wajib beritahu kepada ibu bapa. Sekiranya ibu bapa sukar untuk bercerita sendiri tentang isu ini, ibu bapa boleh mencari buku atau artikel mengenai isu sosial dan kongsi bersama anak-anak. Wujudkan perbincangan dengan mereka supaya mereka sensitif kepada isu-isu seperti ini.

4) PERSEDIAAN IBU BAPA MENGENDALIKAN KEHIDUPAN SOSIAL ANAK-ANAK

Anak-anak fasa ini dia dahagakan kasih sayang dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting supaya anak-anak tidak tersasar dalam menyalurkan perasaan sayang mereka. Pada fasa ini mereka mula terpengaruh dengan cinta. Perkara seperti ini perlu di ambil serius oleh ibu bapa bagi mengelakkan daripada terjadi perkara yang tidak elok terhadap anak-anak. Sekarang anak lelaki dan perempuan turut dibimbangi tentang isu ini.

Di Malaysia, ibu bapa banyak membataskan perkara-perkara yang boleh anak-anak tahu dan banyak benda difikirkan tidak boleh kongsi, tidak sesuai, banyak rules. Kekangan seperti ini membuat anak-anak mencari maklumat sendiri dan disalah erti. Ibu bapa perlu ada ilmu tentang cara untuk menjelaskan dengan baik kepada anak-anak dengan perbanyakkan bercerita bukan banyak menyoal anak-anak. Anak-anak pada fasa ini semua perkara ada keinginan untuk tahu dan peranan ibu bapa perlu terang dengan baik kepada anak-anak.

5) PERSEDIAAN IBU BAPA DALAM MEMBERI SOKONGAN

Ibu bapa perlu menjadi sumber rujukan pertama anak-anak mengenai isu akil baligh. Jadi sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab perlu peka dengan perubahan anak-anak ke arah dewasa. Jangan meletakkan tugas tersebut kepada guru-guru kerana ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak. Sebagai contoh sokongan, ibu bapa membantu anak perempuan bersedia untuk haid pertama mereka dengan menyediakan tuala wanita di dalam beg sekolah mereka. Ini menunjukkan ibu bapa tidak membiarkan anak-anak melalui proses dewasa keseorangan.

KESIMPULAN

Akhirnya, perubahan biologikal ini tidak boleh diubah kerana ini merupakan proses semulajadi manusia yang sihat. Oleh itu, ibu bapa perlu bersedia berada disamping anak-anak memimpin tangan mereka melalui proses dewasa ini.

Sumber: Hello Doktor, Dr Putri Afzan Maria(pakar pendidikan awal kanak-kanak)

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping