KENAPA IBU HAMIL MUDAH TERASA DAN CEPAT SENSITIF? 

Waktu yang paling sukar bagi seseorang adalah semasa hamil. Dan waktu hamil juga adalah waktu terindah bagi pasangan suami isteri di dalam alam perkahwinan.

Tetapi, si isteri ada masanya okay dan ada masa tak okay sepanjang preggy. Waktu mengandung nilah si isteri mudah sentap dan sensitive.

Kenapa ibu hamil mudah sentap dan terasa hati?

Ini antara sebabnya. Harap suami kena alert dengan perubahan mereka ya.

 

PENAT

Sejak berbadan dua, si isteri perlu menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku terutamanya yang first time mengandung.

Trimester pertama diuji dengan mabuk, mual dan hilang selera makan hingga keletihan. Masuk trimester ketiga, pinggang kerap sakit,

tidur tak cukup, ini yang membuatkan ibu cepat penat.

 

HORMON TAK STABIL

Ada masa ibu hamil manja semacam, ada masa tak tenteram. Ada masa dia suka mengidam, adas masa tak terlayan dia punya ragam.

Sesunguhnya mereka sedang berperang dengan emosi. Apabila roh baru ditiup dalam badan ibu hamil, bersedialah harunginya dengan tabah.

 

RISAUKAN KANDUNGAN

Sudah menjadi lumrah seorang wanita cepat panik dan terlebih alert. Ibui hamil sangat sensitive dengan kandunga terutamanya bab keselamtan kandungannya.

Apatah lagi bila dah dekat dengan due, semakin bertambah rungsingnya hinggakan tak dapat tidur dan stress.

 

SUAMI TAK AMBIL TAHU

Suami goyang kaki, kerja rumah buat sendiri, check up sendiri, suami sibuk main handphone sampai tak hiraukan isteri.

Wahai suami, isteri semasa hamil bukan saja letih fizikal tetapi mental juga sangat letih sebenarnya.

Jadi, suami haruslah ambil peranan sangat penting dengan bantu si isteri.

 

PERSEKITARAN NEGATIF

Ketika hamil, si isteri sangat perlukan moral support dan aura-aura positif di sekelilingnya.

Si suami haruslah mengelakkan si isteri berada dalam persekitaran yang negative yang boleh merosakkan moral si isteri.

Hindarkan dari makcik-makcik bawang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *