Ibu berpantang pasti alami situasi ni kan? Dah bersalin anak ke berapa dah agaknya tapi tetap lesu jer.
Rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu. Tubuh pun lemah je.
Oleh hal yang demikianlah sering berlaku pada kebanyakan wanita waktu berpantang dan ramai menganggapnya perkara normal hingga tidak diberikan perhatian serius.
Jadi ibu sekalian, take noted yaa kenapa badan selalu lesu jer bila berpantang. Haa badan nak pakai lama kan? mesti nak cik abang sayang!
Kebanyakkan wanita, waktu hamil sahaja rajin jaga pemakanan risau kena bebel dengan cik misi kan, waktu berpantang pulak dah tak boleh tahan dah.
Jadi terus makan je apa-apa yang dihajati di hati tanpa tahu risiko badan akan terima selepas tu. Ada jugak dalam tempoh berpantang dapat pulak individu “berpengalaman”. Hari-hari makan ikan bakar je.
Sayur tak boleh buah tak boleh.Inilah yang menjadi punca ibu-ibu tak cukup keperluan nutrisi. Hal ini seharusnya dielakkan oleh ibu-ibu atau bakal ibu di luar sana yer.
Normal bagi ibu yang beranak kecil bila tak cukup tidur sebenarnya. Lazimnya, ibu mestilah nak melayan si kecik, lagi-lagi yang kuat merengek,
ada je perangai si kecik yang ibu-ibu terpaksa melayan dan bersabar je. Itulah yang buatkan badan si ibu lesu, tak cukup tidur dan rehat.
Bagi ibu yang berpengalaman sekalipun yang dh anak empat anak lima pun masih alami situasi yang sama setiap kali berpantang.
Baru jer nak lelapkan mata dah terjaga. Sebab tu ibu disarankan untuk tidur sewaktu bayi tidur supaya ibu dapat berehat
Antara punca badan cepat lesu waktu berpantang jugak adalah badan masih belajar menerima rutin harian baru.
Kebiasaannya sering terjadi dan agak sukar bagi mereka yang pertama kali menjadi ibu.
Sebelumnya hidup berdua, sekarang dah bertambah ahli keluarga, jadi rutin harian pun berubah.
Selepas bersalin, badan akan mula untuk menyesuaikan dengan rutin harian baru dan bertindak mengikut keperluan badan si ibu.
Waktu inilah badan akan mula letih lesu disebabkan kurangnya tidur, tidur-tidur ayam dan pelbagai lagi urusan harian baru yang ibu perlu lakukan serta sesuaikan.
Selain itu, ibu juga perlu bangun berjaga menyusukan bayi mengikut permintaannya.
Namun begitu, badan yang lesu waktu berpantang ini harus diberi perhatian. Awas ya ibu-ibu, badan yang lesu secara berterusan juga boleh memberi kesan kepada bayi dan segala urusan rumah tangga boleh terbantut.
Oleh itu, dapatkanlah kerjasama yang baik daripada suami dan keluarga supaya ibu tetap bertenaga dan sihat sewaktu berpantang ya!