KETAHUI 5 SEBAB SUAMI PERLU MENEMANI ISTERI KETIKA BERSALIN

 

Bila tiba hari nak bersalin, suami lah paling gementar dan berasa cuak kan? Lebih-lebih lagi yang baru pertama kali berdepan dengan situasi isteri melahirkan anak. Yelah suami mana nak melihat isterinya tanggung kesakitan tapi ia satu pengalaman yang paling indah buat bakal bergelar ibu dan bapa setelah cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan 10 hari. Buat semua suami, anda perlu tahu bahawa isteri sangat memerlukan kehadiran dan sokongan saat-saat mahu melahirkan anak. Dengan semangat yang diberikan mampu meredakan rasa sakit kontraksi dan proses bersalin pun berjalan lancar.

 

PENTINGNYA KEHADIRAN SANG SUAMI KETIKA ISTERI MELAHIRKAN ANAK

 

1. BAGI SOKONGAN MORAL

 

Dapat hilangkan debar dan gemuruh. Secara tidak langsung sokongan dari suami dapat mengurangkan kesakitan. Contohnya pegang tangan isteri, gosok belakang isteri dengan iringi selawat dan zikir. – zikir nabi yunus atau yasin.

 

2. DIHARGAI DAN DISAYANGI

 

Kehadiran suami saat2 isteri bertarung nyawa untuk melahirkan anak sangat membantu lebih2 lagi jaga emosi isteri sangat penting. Isteri akan rasa dihargai dan disayangi  setelah berkorban untuk melahirkan zuriat mereka bersama.

 

3. DATANGKAN KEINSAFAN DALAM DIRI

 

Saat inilah kita sebagai seorang suami melihat sendiri pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan cahaya mata. Kalau boleh, sakitnya isteri tu kita yang nak rasa, nak tanggungkan? Lebih-lebih lagi berhadapan dengan dua nyawa.

Saat ini lah juga kita akan rasa belas kasihan terhadap isteri, terus menginsafi segala perbuatan kita terhadap isteri, mengagumi jasa dan pengorbanan isteri mengandung dan melahirkan anak. Besar sungguh pengorbanan isteri jadi hargailah sebaik-baiknya

 

4. BIMBING ISTERI CARA PERNAFASAN YANG BETUL

 

Bila dalam keadaan panik, fikiran isteri akan terganggu malah cara-cara meneran dengan betul mungkin mereka akan lupa. Jadi sebagai seorang suami, bantulah isteri dengan cara betul untuk meneran. Pandai mainkan emosi isteri supaya kesakitan yang ditanggungolehnya dapat dikawal dengan baik.

Sentiasa bagi dorongan positif kepada isteri terutamanya ucapkan kata-kata yang indah dan banyakkan ucap terima kasih tanda kita menghargai jasa pengorbanannya bertarung nyawa demi anak.

 

5. JANGAN PANIK!

 

Dalam labour room tolong jangan panik jangan takut! Isteri anda akan tambah panik dan stress. Jadi, anda harus bertenang, sentiasa bagi dorongan positif terhadap isteri.

Banyakkan luang masa dengan isteri semasa isteri menghadapi kontraksi, dan banyakkan berzikir bersama supaya proses bersalin berjalan dengan lancar.

KESIMPULANNYA

 

Kehadiran suami sangat penting saat isteri melahirkan anak. Zaman sekarang banyak hospital mahupun kerajaan atau swasta yang membenarkan suami menemani isteri ketika bersalin. Pada masa yang sama kehadiran suami pun dapat bantu meredakan keadaan lebih-lebih lagi buat bakal ibu bapa yang berdepan dengan kelahiran pertama. Jadi wajarlah suami menemani isteri ketika bersalin tambah-tambah lagi banyak kebaikkan yang seorang suami akan dapat. Semoga bermanfaat!

 

Sumber: https://www.majalahpama.my/bapa-ini-kongsi-9-tips-suami-nak-teman-isteri-di-labour-room-jangan-lupa-buat-6-perkara-ini/

 

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping