SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1442H NORMA BAHARU (COVID19)

Tema Maal Hijrah pada tahun ini ialah “Ummah Rabbani, Negara Harmoni.”.

Pemilihan tema ini mengandungi 3 komponen utama iaitu pembangunan modal insan, pembudayaan ilmu dan pengukuhan pengurusan. Ia akan membentuk negara harmoni apabila ketiga-tiga komponen ini dihimpunkan.

IBU HAMIL LEBIH RASA SELAMAT DENGAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH KALI INI BAGI TAHUN 2020

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Jadi Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M pada tahun ini akan berlangsung dalam majlis ringkas di Masjid Negara, 20 Ogos, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata, sambutan itu bakal diadakan mengikut norma baharu dengan jumlah peserta dihadkan, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa bagi mengekang penularan COVID-19.

APA KAITAN DENGAN IBU HAMIL?

Ibu hamil yang menyertai sambutan maal hijrah ini juga tidak terlepas daripada dikenakan SOP iaitu memakai topeng muka dan menjaga jarak sosial antara satu sama lain. Hikmah daripada norma baharu ini dapat juga kita pentingkan penjagaan kesihatan dan keselamatan wanita berbadan dua.

Penglibatan ibu hamil dalam program maal hijrah juga mengalakkan berlakunya senaman ringan. Sebagai contohnya, ibu hamil berjalan dan melakukan pergerakkan tubuh badan. Ini secara tidak langsung memberi kesan positif kepada tubuh badan iaitu membantu untuk memudahkan proses bersalin nanti.

Selain itu, norma baharu sambutan maal hijrah juga memberi impak yang sangat positif kepada ibu hamil dari segi gaya pemikiran dan membuka minda bagi setiap yang hadir. Sebagai contoh, sepanjang sambutan maal hijrah tersebut, terdapat para ilmuan dan orang agama yang sama – sama memberi ucapan serta mengimbas kembali betapa pentingnya mengenangkan tarikh hijrah tersebut. Secara tidak langsung dapat menambah kecintaan kepada agama dan diri sendiri.

 

JOM SAMA SAMA AMALKAN DOA DAN SURAH – SURAH UNTUK IBU HAMIL

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping