CARA UNTUK PULIHKAN EMOSI ISTERI

Apa khabar semua ibu ibu bapa bapa. Semoga terus bahagia selalu bersama pasangan dan anak anak yer. Buat yang sedang berpantang selamat berpantang akak ucapkan. Semoga terus kuat dan sabar sepanjang berpantang ni. Yelah, cabaran berpantang ni lain sikit orang cakap. Yang pernah alami jer faham. Hehehe

 

Buat incik suami semoga cekal dan kuat dalam menguruskan anak anak dan membantu orang umah dalam menyiapkan kerja rumah dan keperluan harian.

 

Bercerita tentang suami nih akak nak kongsikan dgn korang cik abg cik abg ni cara untuk bahagiakan si isteri nih dari segi mental dan fizikal tau. Si isteri nih bila menyusukan anak nih penat dia lain macam tau. Bile penat letih letih nih la kekadang tak boleh nak kawal emosi. Hmmm

 

Incik suami boleh buat perkara ini untuk bantu si isteri kembali senyum, rasa disayangi dan dihargai sesangat tau. Boleh tengok kat bawah nih

 

URUTAN DI BAHAGIAN BAHU, BELAKANG, PINGGANG & KEPALA BOLEH BUATKAN ISTERI TUAN YG PENAT MENYUSU KEMBALI BERTENAGA UTK MENYUSUKAN ANAK

 

 

 

 

Mulakan dahulu dengan mengurut di bahagian leher dan bahu si ibu beberapa minit. Ianya sebagai ‘warming up’ dan hilangkan rasa tegang pada badan ibu.

 

 

Selepas itu, gunakan kedua ibu jari tangan. Kemudian urut di kedua-dua bahagian tepi tulang belakang. Tekan sedikit badan si ibu dengan ibu jari dan lakukan urutan bulatan setempat beberapa saat. Lakukan urutan dari bahu hingga ke pinggul dan ulang balik step beberapa kali. Jangan urut diatas tulang belakang tau.

 

Urutan ni sangat membantu si isteri. Hilang lenguh lenguh badan si isteri tu. Nak menyusu pun makin bertenaga jer sepanjang hari. Hehehe. Nie pun sebenarnya antara petua petua orang lama dulu.

 

Para suami boleh laa cari si isteri tolong urutkan yer. Ni jer yang akak nak kongsikan hari ni. Nanti ada lagi masa dan tips akak akan kongsikan lagi yerr. Bye

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping