MINUM KOPI KETIKA MENGANDUNG, BOLEH ATAU TIDAK?

Bestnya kalau dapat minum kopi, leganya rasa. Tapi, orang kata kopi tak bagus untuk orang mengandung. Takut ada kesan pada ‘baby’ dalam perut. Alahai, mengidam sangat dah nak minum kopi ni!

Bila stress, minum kopi memang melegakan. Rasa semua tekanan bagai berlalu pergi. Baby dalam perut pun menendang tanda suka. Hehe

Minum kopi ketika mengandung, boleh atau tidak?

Menurut seorang doktor, Benny Johan, beliau mengatakan kandungan kafein yang terdapat dalam kopi boleh membahayakan kandungan sekiranya ibu minum kopi ketika mengandung dengan terlalu kerap.

Haa alang-alang akak ada masa terluang ni, akak nak share dengan mommies semua kesan yang boleh berlaku kalau terlalu banyak minum kopi semasa hamil!

1. Keguguran


Pengambilan kopi yang banyak boleh menyebabkan keguguran pada peringkat awal kehamilan. Nak minum boleh tapi dengan kuantiti yang sedikit ya.

 

2. Tumbesaran janin terbantut


Saiz bayi terjejas di mana ia menjadi kecil meskipun sudah di peringkat akhir kehamilan kerana pengambilan kafein yang terlalu tinggi. Bayi akan tidak cukup berat.

 

3. Anemia

Terlalu banyak ambil kafein boleh menyebabkan anemia yang boleh memberi banyak komplikasi sepanjang kehamilan di mana, ibu hamil akan alami kurang zat besi.

 

4. Tekanan darah tinggi


Bila minum kopi ketika mengandung, mommy yang sebelum ini tak ada tekanan darah tinggi pun tiba-tiba boleh dapat penyakit ni. Tambahan pula tengah mengandung senang nak dapat darah tinggi. Jadi cubalah kontrol minum kopi ya. Ok?

5. Gangguan sistem pencernaan

Kekadang bila banyak sangat minum kopi ketika mengandung ni, ia boleh ganggu sistem pencernaan,iaitu sembelit.
Jika mommy tetap ingin minum kopi, sulamkan minuman kafein dengan ambil air putih kosong atau jus buah-buahan agar ibu tetap terus bertenaga sehingga bersalin. Please take note ya mommy! Terima kasih sudi membaca

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping