PANTANG LARANG YANG TAK BOLEH DILAKUKAN TERHADAP BAYI BARU LAHIR YANG IBU BAPA PERLU TAHU, RISAU NANTI MEMUDARATKAN BAYI DI KEMUDIAN HARI

Bergelar ibu bapa buat kali pertama pastinya saat-saat indah yang paling dinantikan. Saat kehamilan dan proses melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah tapi ianya akan menjadi kenangan terindah terutamanya buat si ibu.

 

Umumnya bayi yang baru lahir mempunyai antibodi yang lemah. Oleh sebab itu, perlunya penjagaan yang sangat rapi. Ada perkara-perkara yang tak sepatutnya dilakukan terhadap bayi yang baru lahir.

 

Nak tahu apa? Meh akak share sikit. Ibu ayah perlu take noted ya!

1) Jangan bagi orang cium anak sesuka hati.

Bayi baru lahir ni belum ada antibodi sekuat orang dewasa tau, jadi sangat mudah untuk kena jangkitan atau virus. Bagi perokok terutamanya, jangan cium bayi ya, sebab asap rokok sangat berisiko untuk bayi. Boleh jadi, bayi sesak nafas. Kesian bayi comel nanti.

2) Jangan cuba suap makanan ke mulut bayi.

Perut bayi sangat-sangat sensitif, maklum la sistem penghadaman dan pencernaan mereka masih belum ‘matang’ sepenuhnya. Yang terbaik untuk mereka sekarang adalah susu badan  ibu. Memang itu je makanan harian mereka ye. Hehe

3) Jangan biar lampin penuh baru nak tukar.

Kulit bayi sangat sensitif, tambah pulak mereka dalam fasa kerap buang air. Kena cepat-cepat tukar lampin ye ibu. Kalau tak tukar nanti kulit bayi jadi merah dan terjadinya ruam lampin. Pedih tau. Nanti bayi merengek je sepanjang hari.

4) Jangan letak bedak di kemaluan bayi baru lahir.

Kekerapan letak bedak di sekitar kemaluan bayi terutamanya bayi perempuan, boleh menyebabkan mereka mudah terdedah dengan risiko jangkitan bakteria. Dan pastikan tempat kemaluan bayi dalam keadaan kering dan bersih ye sebelum pakai lampin tu.

5) Jangan bagi puting kosong terlalu awal.

Sebenarnya puting kosong bagus untuk tenangkan bayi. Tetapi, ia akan membuatkan mereka jadi keliru puting dan proses penyusuan susu ibu pun turut terganggu. Lagipun, bila bayi menyusu badan, banyak khasiat yang bayi dapat terutamanya menguatkan antibodi bayi.

6) Jangan lupa sendawakan bayi selepas minum susu.

Nampak remeh kan, tapi sebenarnya angin yang berlebihan tu boleh buat bayi jadi gelisah dan tak selesa. Sendawa ini akan dapat melegakan perut bayi daripada kembung. Kalau kena kembung lagi rungsing ibu nanti. Sendawa ini penting untuk elakkan bayi tersedak susu.

 

Okay itu sahaja perkongsian daripada akak, mudah-mudahan bermanfaat buat ibu ayah… Jangan lupa take noted ya!! Demi kesihatan buah hati tersayang jugak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *