Berat badan merupak aspek yang penting perlu diambil berat semasa kehamilan. Berat badan yang ideal dapat mengurangkan serta mengelakkan risiko yang dialami oleh ibu dan bayi.
Disini pentingnya para ibu menjaga berat badan yang ideal. Berat yang ideal menjamin kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan
– Genetik bayi boleh berubah apabila kenaikan berat badan tidak normal semasa bayi sedang berkembang.
– perubahan hormon berlaku semasa kehamilan, kadar glukosa darah wanita yang menghidap diabetes semasa mengandung mungkin meningkat dan boleh menjadi sukar untuk dikawal. Tahap glukosa darah yang tidak terkawal meningkatkan risiko komplikasi kepada kedua-dua ibu dan bayi.
– Kelebihan berat badan akan menyebabkan ketidakselasaan ibu, seperti sakit punggung kebas kaki, terlalu penat untuk bersenam. Masalah lain pula pedih ulu hati, buasir dan sengal sendi.
– Sekiranya berat badan berlebihan, risiko yang tinggi kepada bayi mengalami kecacatan ketika hamil apabila lahir. Ini termasuklah masalah jantung & cacat sistem saraf.
– penambahan berat badan ketika hamil akan memberi kesan pada saiz bayi. Saiz bayi yang lahir akan lebih besar dari biasa. Risiko tinggi mengalami pelbagai masalah kesihatan apabila membesar. Juga kemungkinan risko bersalin secara pembedahan ceasarean.
– semakin tinggi berat badan ibu, semakin besar kemungkinan bayi lahir pramatang. Oleh itu pentingnya menjaga berat badan ideal semasa hamil dengan mengawal pengambilan makanan & minuman manis.
– Dalam masa 6 bulan selepas bersalin, ibu perlu turunkan berat badan secara ideal. Jika dalam masa tersebut berat badan tidak dapat diturunkan, ibu akan memiliki risiko obesiti pada 10 tahun akan datang.