PENTINGNYA VAKSIN UNTUK BAYI ANDA DAN KETAHUI JENIS-JENIIS VAKSIN DAN PENYAKIT.

Umum kita tahu suntikan vaksin untuk anak-anak amat penting dikala mereka masih bayi lagi.
Viral baru-baru ini yang Vaksin menjadi topik-topik hangat diperkatakan dan ada sesetengah golongan tidak bersetuju dan menolak terang-terangan penggunaan vaksin yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan dimana golongan ini dipanggil golongan anti-vaksin.

APA ITU VAKSIN

Vaksin terhasil daripada pembiakan organisma hidup. Di dalamnya terdapat antigen berbentuk virus hidup,
virus yang telah dimatikan, protein virus yang telah disucikan, toksin bakteria yang telah dilemahkan atau sebahagian dari struktur bakteria.

Vaksin disuntik seawal bayi dilahirkan kerana sistem daya lawan (imun) bayi lemah dan berisiko tinggi
dijangkiti penyakit seperti tibi, difteria, batuk kokol dan sebagainya.

Vaksin perlu diberikan mengikut jadual imunisasi kebangsaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Jadi, sangat penting bagi ibu bapa untuk kenali penyakit-penyakit dan jenis-jenis vaksin yang perlu diambil untuk kebaikan bayi.

Jenis-Jenis Vaksin

Suntikan vaksin mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh KKM amat perlu kepada pada bayi untuk melindungi anak-anak daripada penyakit-penyakit yg berbahaya seperti :

1. Tibi (batuk kering) — Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia),
radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.

2. Difteria — Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang
tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).

3. Pertusis (batuk kokol) — Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.

4. Tetanus — Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan
membuka rahang (kancing gigi).

5. Haemophilus influenzae jenis (Hib) — Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia),
saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).

6. Hepatitis B — Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi
individu mendapat kanser hati pada masa depan.

7. Polio — Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.

8. Campak — Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).

9. Beguk — Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis)
dan boleh membawa kepada kemandulan.

10. Rubella — Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan
yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran
dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus)

11. Penyakit Pneumokokus yang memudaratkan — Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru,
meningitis dan darah yang teruk.

12. Virus Human Papilloma — Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital

 

Kenali Jenis-jenis Virus dan Vaksin Tambahan yang Boleh Digunakan :

Rotavirus

Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis.

Penyakit rotavirus amat mudah berjangkit dan hampir semua kanak-kanak dijangkiti sebelum atau pada usia 5 tahun.

Di Malaysia, kira-kira 22% hingga 50% daripada kes cirit-birit di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh
rotavirus.

Virus Hepatitis A

Virus Hepatitis A (HAV) adalah penyebab Hepatitis A iaitu sejenis penyakit hepar.

Penyebaran virus ini berlaku apabila individu yang tidak pernah dijangkiti atau tidak pernah divaksinkan untuk virus ini, makan atau minum makanan atau minuman yang tercemar oleh najis individu yang dijangkiti Hepatitis A.

Penyakit ini sangat berkait rapat dengan air yang tidak bersih, sanitasi yang kurang baik dan tahap kebersihan diri yang rendah.

Jangkitan Hepatitis A tidak menyebabkan penyakit hepar yang kronik, tetapi boleh mendorong ke arah kegagalan fungsi hati dan kematian (kegagalan fungsi hati akut).

Virus Hepatitis A adalah salah satu penyebab utama penyakit bawaan makanan dan ianya memberi kesan dari segi ekonomi dan kesan sosial dalam komuniti.

Infuenza

Ini adalah jangkitan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak dan paru- paru. Gejalanya termasuk demam, selesema dan batuk.

Virus tersebar melalui bawaan udara terutamanya di tempat sesak dan tertutup. Jangkitan juga berlaku melalui :
i) hubungan secara langsung dengan titisan cecair yang tersebar semasa batuk dan bersin serta
ii) tangan yang tercemar.

Meningococcal

Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.

Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau kulat. Salah satu bakteria penyebabnya
ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis.

Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan semua peringkat umur.

Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, kontak terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi mendapat meningitis.

Pneumococal

Penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae .
Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua. Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru-paru , meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis ( jangkitan dalam darah) , sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).

Streptococcus pneumoniae boleh merebak dengan mudah melalui permukaan yang tercemar dan dari individu ke individu melalui titisan daripada bersin atau batuk dari orang yang dijangkiti. Sesetengah individu membawa Streptococcus pneumoniae (biasanya dalam hidung dan tekak) tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit itu sendiri tetapi boleh menyebarkannya kepada individu yang tidak dijangkiti . Kanak-kanak adalah lebih mudah terdedah kepada jangkitan tersebut.

Virus Varicella-Zoster (VZV)

Virus yang mengakibatkan dua jenis penyakit iaitu varicella (demam campak) dan herpes zoster (kayap). Demam campak kebiasaanya dijangkiti pada zaman kanak-kanak,manakala kayap pula adalah jangkitan lanjut demam campak yang mungkin berlaku pada usia tua.

Jangkitan pertama virus ini akan menyebabkan penyakit demam campak. Setelah pulih, virus tersebut akan terpendam di dalam saraf tunjang dan berkemungkinan menjadi aktif semula (reactivate) bertahun-tahun kemudian (selepasusia 50 tahun). Jangkitan berulang ini dikenali sebagai penyakit kayap.

Jadi, amat penting untuk ibu-bapa terutamanya ambil berat tentang perkara sebegini. Jangan ambil ringan perkara-perkara sebegini dek nanti menyesal di kemudian hari. Menyesal kerana perlu berbelanja besar satu hal, tapi satu lagi perkara yang sangat tidak diingini iaitu kehilangan nyawa insan yang tersayang.

Pesanan terakhir, Mencegah Lebih Baik Dari Merawat 😉

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping