JANGAN AMBIL MUDAH JIKA SELALU SAKIT DAN PEDIH KETIKA BUANG AIR KENCING, BARANGKALI SALURAN KENCING DAH KENA INFECTION ATAU KENCING KOTOR!!

Sepanjang pregnant ni kan mesti ada yang selalu rasa sakit-sakit masa nak buang air kencing. Sakit dekat bahagian ari-ari, sampai nak kencing pun takut sangat! Pernah dengar tak kencing kotor?? Tak pernah dengar? Meh akak share sikit ye

 

Air kencing merupakan medium yang sesuai untuk penghasilan bakteria. Bakteria suka sangat tau hidup dalam urin kita ni.. bahaya tau.. sebab apa? Sebab  urin mengandungi urea dan asid organik serta bacaan ph 5.5 iaitu sangat sesuai  untuk pembiakan bakteria.

 

Menurut kajian hampir 50% wanita akan mengalami kencing kotor ni, paling kurang pun sekali setahun. Jika dibandingkan, peratusan wanita lebih cenderung dijangkiti oleh penyakit kencing kotor berbanding lelaki oleh kerana wanita mempunyai salur kncing (uretra) yang lebih pendek dan berada berdekatan dengan dubur (anus)

 

Alang-alang akak tengah free ni, akak selit  sikit la ye tanda-tanda kencing kotor lain  yang mungkin kita tak sedar. Antaranya adalah:

• Rasa sakit dan pedih  ketika buang air kecil

• Kerap kencing dan  kencing tidak lawas

• Air kencing bewarna keruh, berdarah dan berbau

• Rasa sakit di bahagian badan dan ari-ari

• Sakit belakang dan pinggang

• Demam, selalu loya dan muntah

 

Mungkin dah ada yang mengalami simptom macam akak senaraikan kat atas ni. Awas! Mungkin anda dah dijangkiti penyakit ni. Tapi jangan risau tau, kat sini akak sertakan sekali tips untuk mencegah kencing kotor supaya dapat dijadikan rujukan  sepanjang pregnant ni

 

 

1) Banyakkan minum air kosong

Kerap minum air dan minum sekurang-kurangnya  8 gelas sehari.  Ini akan membantu pembuangan air yang lebih kerap. Pembuangan air yang kerap adalah bagus kerana kuman dan bakteria dapat dinyahkan sehingga air kencing kembali jernih

 

2) Jangan tahan kencing

Jangan menahan dan tangguhkan jika ingin membuang air kencing. Terus buang jika ingin berbuat demikian. Penangguhan akan mengalakkan pembiakan bakteria di dalam air kencing.

 

3) Pakai pakaian yang longgar

Sentiasa memakai pakaian pakaian dalam yang longgar dan elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat. Cara terbaik, pilih pakaian yang diperbuat dari fabrik kapas dan elakkan seluar dalam yang diperbuat dari fabrik nilon dan ketat sepanjang hamil.

 

4) Ambil vitamin C

Ambil vitamin c secara berkala. Vitamin c mampu meningkatkan tahap keasidan air kencing ,seterusnya boleh mengurangkan jumlah bakteria disebabkan peningkatan bacaan ph dalam urin. Boleh juga tau amalkan buah-buahan yang kaya dengan vitamin c seperti buah oren dan delima

Cara terbaik untuk mencegah dan merawat  kencing kotor adalah dengan membuat pemeriksaan lanjut di hospital atau klinik berdekatan. Rujuk doktor yang betauliah untuk dapatkan pandangan serta nasihat.

Semoga semua bakal mommies dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan. Terima kasih sebab luangkan masa baca entry akak untuk kali ni. Stay tuned tau, banyak lagi info2 menarik akak nak share lepas ni.. hihi

 

Sumber: https://siraplimau.com/masalah-kencing-kotor/

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping