Hai Para isteri,Korang ingat tak, betapa bahagianya saat2 di tahun awal perkahwinan??
Namun, lama kelamaan, perasaan kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin hambar, hmmm..
Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi.
Aipp, jangan terus melulu , mungkin penyebabnya datang dari layanan kita terhadap suami haaa,.
Hari ni , admin nk sharekn tips untuk pikat semula hati semua tercinta, yang penting, selain daripada jaga perut suami tau hehe, Jom kita ke tips nombor 1
Bila suami sampai rumah, kita perlu mulakan pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja. Secara langsung, emosi suami akan fikir isterinya sangat memahami dan gembira dengan kepulangan si suami ke rumah, 😉
Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh.,
Konferm2 suami jadi takde mood haaaa!!
Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal sebigini yang berkaitan dengan dirinya .
Dia akan happy jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, menggosok pakaiannya, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, alaaa, mcm dalam drama korea tu ehekkssss….gurau2 Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya.
Dari situ lah suami akan terfikir betapa prihatin dan penyayang nya isteri nya sehingga perkara remeh pun ingin dilakukan oleh si isteri,, auchh so sweeetttt 😉
Suami mane je tak bosan kalau isterinya ‘cerewet’ dan selalu berleter, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, dan selalu bangkitkan isu remeh temeh
Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga…..cuba korang si isteri letakkan diri korang kat diri suami, mesti korang pun rasa annoying kannn!! So cuba cakap lebih baik dan ajak berbincang jika ade yg tk kena lepasni hehe
Mana ada suami yang suka isterinya berleter huhu,
Isteri kena selalu rangsang minat dan hobi si suami tau, andai kata, kalau suami minat futsal, ape salahnya korang pergi tonton di main futsal sekali sekala,…kalau tak pun, cakapkan je “ goodluck love!!”, perhhh konferm suami berbunga dan makin semangat dia nak main futsal hehe,
Kalaupun dia lemah dalam sesuatu yang dia minat, korang kena la bagi motivasi tau, baru la dia fikir isteri dia ni mmg tulang belakang dia hahahah.
Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi.
Dalam Islam pun tekankan menda ni tau !!!!
Pernahkah korang ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain?
Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu.
Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’. Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru.
Minta dia tunggu sebentar, mesti dia faham hahaha