SEMBELIT SELALU BUAT MOMMY SAKIT DAN TAK SELESA? JOM AMALKAN TIPS DI BAWAH

 

Seksa kan bila kita nak membuang tapi tak lawas , kadang tuu sampai tak senang duduk asyik ulang alik ke tandas. Berpeluh-peluh tahan sakit !! Sembelit ni masalah biasa yang dialami oleh wanita semasa hamil dan boleh jadi bertambah teruk bila bayi semakin membesar.

Salah satu faktor sembelit ni adalah peningkatan hormon progesteron yang mengendurkan otot-otot di seluruh badan, termasuk saluran pencernaan. Selain itu:

  • Kurangnya minum air masak
  • Gemar menangguh untuk membuang air besar
  •  Kurang pengambilan serat dan kurang bersenam.
  • Pembesaran janin yang menekan bahagian usus menyebabkan lorong najis menjadi sempit

Akak ada 5 tips yang cukup mudah bagi mencegah sembelit semasa hamil ni. Meh baca satu persatu. Jgn skip tau !!

1. Banyakkan Minum Air Kosong

Minum air masak sebanyak 8 gelas sehari. Ini sangat penting tau untuk pergerakan usus. Bagi mommy yang sedang sembelit seeloknya minum 2-4 gelas air lebih daripada biasa.

 

 

2. Jadikan senaman sebagai rutin.

Berjalan, berjoging, berbasikal atau berenang dapat melancarkan pengaliran darah. Usus pun dapat bekerja dengan lebih baik. Tapi jangan lasak-lasak tau, ingat baby comel dalam kandungan tuu. Hehe.

 

 

3. Makan pelbagai jenis makanan dan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.

Pakar pemakanan mengesyorkan pengambilan sebanyak 14g serat bagi setiap 1000 kalori. Contohnya buah-buahan seperti pisang, betik, epal dan sayur-sayuran seperti brokoli, bayam yang bagus untuk sistem percernaan. Jus buah prune juga boleh melembutkan najis.

 

 

4. Jangan Malas ke Tandas

Tindakan bertangguh apabila terasa mahu membuang air amat tidak elok. Najis akan tersangkut dan mengeras menyebabkan sembelit. Jangan tahan jika ingin membuang air besar.

 

 

5. Pengambilan supplemen tambahan

 

Nak lagi mudah minum jus mamariam hanya 2 sudu pagi dan 2 sudu malam sebelum tidur. Jus mamariam diperbuat daripada buahan berkhasiat dan makanan sunnah. In shaa Allah dapat membantu kurangkan masalah sembelit sepanjang hamil.

 

 

Haa, 5 tips ni cukup mudah kan. Jangan lupa amalkan ye mommy semua semoga dapat membantu. Akak doakan semoga mommy dan baby comel sihat bertenaga sepanjang hamil. In shaa Allah. Please take noted ya mommies. Hehe..

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal [...]
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu [...]
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2023 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0
    Cart

    No products in the cart.

    Continue Shopping