WANITA HAMIL TURUN TANDA DAH NAK BERSALIN, WAJIB KE SOLAT?

Mengharungi detik debaran untuk melahirkan zuriat adalah kenangan yang tidak pernah lekang dalam memori pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi saat melahirkan cahaya mata pertama.  Bagi pasangan suami isteri yang baru bergelar ibu bapa akan mengalami sedikit kesukaran untuk mengenalpasti tanda-tanda bersalin yang sebenar.

Memang tidak dinafikan setiap wanita yang bersalin mengalami pengalaman sakit yang tidak sama. Oleh itu, ibu bapa perlu peka untuk mengetahui tanda-tanda awal untuk bersalin. Antara tanda-tandanya ialah sakit belakang, kontraksi rahim, keluar darah dan air ketuban pecah. Sekiranya, wanita hamil dah turun darah atau air ketuban pecah, wajib atau tidak untuk mereka solat?

1. Hukum darah yang keluar dari faraj wanita sebelum bersalin

Darah yang keluar kerana sakit hendak bersalin dinamakan sebagai dam al-thalaq iaitu darah sakit hendak bersalin. Menurut pandangan yang paling sahih dalam mazhab Syafie, darah yang keluar daripada faraj wanita sebelum bersalin bukan dalam kategori darah haid atau darah nifas. Ini juga adalah pandangan ulama’ mazhab Hanafi dan Hanbali. Oleh itu, hukumnya adalah seperti hukum orang yang beristihadhah iaitu wajib bagi wanita itu membersihkan diri daripada najis, berwuduk dan mengerjakan solat.

2. Hukum air ketuban yang keluar sebelum bersalin

Para ulama’ sepakat bahawa air ketuban tidak termasuk dalam kategori nifas kerana darah nifas ialah darah yang keluar daripada rahim wanita. Manakala air ketuban ialah cecair yang berada dalam kantung ketuban yang meliputi janin. Menurut mazhab Syafie hukum air ketuban yang keluar sebelum bersalin adalah najis dan boleh membatalkan wuduk.

3. Perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat bagi wanita yang telah keluar tanda bersalin

Keluar Darah

• Membasuh faraj 

• Memakai kain atau seumpanya yang boleh menahan darah daripada mengalir keluar.

• Bersuci dengan berwuduk.

Air Ketuban Pecah

• Bersuci menghilangkan najis tersebut

• Berwuduk seperti biasa

• Sekiranya air ketuban itu berterusan keluar maka hukumnya sama seperti hukum istihadhah

Oleh itu, tetap diwajibkan ke atas wanita untuk menunaikan solat walaupun telah keluar tanda-tanda bersalin. Sekiranya seseorang wanita tidak mampu untuk menunaikan solat kerana sakit bersalin, maka diberikan keringanan untuk mereka solat mengikut kemampuannya iaitu samada solat secara duduk atau berbaring di atas lambung kanan atau berbaring meneletang atau melalui isyrat mata. Namun sekiranya tetap tidak mampu untuk solat, maka wajib ke atasnya untuk menqadha’ solatnya kelak.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Latest articles

    KENAPA PERLU BUKA BUKU PINK?

    Salah satu perkara utama apabila anda mengetahui bahawa anda hamil adalah untuk membuka buku pink. Bila waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung? Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal…
    Read more

    7 Pantang Larang Ketika Berpantang

    Waktu berpantang adalah waktu yang sukar untuk ibu yang baru sudah bersalin.Kenapa waktu berpantang dianggap waktu sukar ? Hal ini adalah kerana waktu berpantang adalah waktu dimana ibu-ibu hamil perlu…
    Read more
    Let's get Social ! Follow us on Social Media :
    Need Help ?
    Phone : +609-667 1410
    Email : help@mamariam.com
    Operation Hour :
    Sun - Thu : 9:00am - 5:30pm
    Fri : 9:00am - 11:00am
    Disclaimer
    Product effectiveness depends on individual suitability.
    Each result may different for every individual.
    Copyright 2024 © Mamariam Sdn Bhd 201601043013(1213955-V). All rights reserved.
    RM0.00 0

    Cart

    No products in the cart.

    Continue shopping