Salam semua, saya Yuyu Musa. Ok hari ni Kak Yu nak cerita sikit kat adik-adik semua terutama yang baru aje hamil. Maklumlah sekarang ni ramai yang kahwin muda kan. Tup tup dah preggy.. Alhamdulillah 🙂
Ok, lepas dah tau diri kira ni preggy.. Yang PERTAMA SEKALI,
Kalau klinik2 swasta kita boleh pilih doctor2 yg kita mahu sejak dari awal sampai la melahirkan.
Cara senang nk pilih semestinya rekemen dari rakan2, group2 dan lain-lain.
kalau klinik kerajaan pula ibu2 muda patut datang awal utk check kehamilan buat buku merah tu ya.
Jgn lupa dtg setiap kali temujanji. Nampak remeh tapi sebenarnya perkara ni banyak membantu menentukan kesihatan baby kita nanti
Ramai salah anggap, bila preggy nak kena makan untuk 2 orang. Salah tu! makan mcm biasa aje la sayang2 semua ..
Cuma jaga pemakanan korang biar ada ikan, daging, ulam-ulam, buah buah, dan lain lain.
Jgn amalkan sngt fast food ketika hamil ya
Ramai salah anggap kalau preggy kena duk rilek aje sepanjang masa.. huhu.. akak pun dulu mcm tu jugak dik
Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung.
Untuk awal 1st trimester pertama jangan buat senaman berat2 ya.. akan tetapi kalau sudah selesa dgn senaman tertentu, teruskan shj sepanjang kehamilan.
Berjalan-jalan kat taman pun senaman juga! Nk lagi best, kita pi shopping
kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.
Sebenanya, masa 1st dan 3rd trimester bdn kita bagi signal kita letih. Jadi ketika ni jangan terlalu aktif ya, banyakkan rehat kalau terlampau letih.
bagitau cikabg kita rehat bukan saje2 ya
JOM KITA SHARE, mana tau ada ibu2 muda yang perlukan nya 🙂